Ok ari ni niea nak bercerita sket pasal salah satu pusat
pelencongan di Malaysia.. ye2 betul cantik-cantik, manis-manis sekalian.. Pulau
Langkawi..
Apa yang menarik ehh Pulau Langkawi ni.. Check it Out !!
- Kereta Kabel (bukan kereta kebal okey !!) Gunung Mat Cincang..
- UnderWater World
- Makam Mahsuri
- Buffalo Park
- Pekan Kuah
- Dataran Lang
- Island Hopping – Pulau Dayang Bunting, Pulau beras Basah, Eagel feeding, ect
Hurmm kalau tanya niea, selalu ke
gi.. hikhikhik bru 4 kali… hahahaha… First time gi masa mula2 kakak niea dok
kat langkawi.. so dia yang bawak jalan-jalan satu keluarga..
Kali kedua gi ngan kawan-kawan
rapat niea.. time ni niea da study kat unimap.. tp pegi balik hari.. maksudnya
pegi pagi balik petang.. destinasi yang dituju pun pekan kuah, kabel car, ngan
Dataran Lang ja..
Dan Kali ketiga gi lak ngan dak
seumah sesatu dorm (asma, farah, suzan, aimi, fiza dan saya)… Kali ni gi tdo
sane.. 2hari 1mlm ja.. Aktiviti utama bergambar-bergambar dan bergambar lagi..
hehehe..
Dan yang terakhir gi ngan dak umah
sewa.. Ngan Kak Lin dan adiknya Oja.. Tapi kali ni pegi memandangkan niea dok
kat KL dan waktu nak pegi tu adalah cuti umum, jadi niea da siap-siap booking
hotel, kereta dan pakej menggunakan travel agent.. Kira sampai tak pikir ape
da.. Tapi agak kecewa la dengan
perkhidmatan yang diberikan.. takpe la yang tu kita simpan rapi-rapi dalam
hati..
Okla ni serba sedikit info untuk kawan-kawan yang tingin nak
gi.. Yang ni details masa niea gi kali ketiga tu..
Hari pertama –
Pagi
Dari Jeti Kuala Perlis, kami bergerak ke Langkawi.. Dekat
jeti da siap2 booking kereta.. So sampai sana terus amik kereta ja..
Persoalan – tak
sesat ka drive sendiri kat sana..?
Jawapan -
InsyaAllah tak.. Lagipun kita telah dibekalkan dengan peta dan tanda jalan yang
melambak-lambak.. Cuma kengkadang tu tanda jalan hilang gak.. huhu nervous
gak..
Ok next destination kitorang bergambar dulu kat Dataran Lang.. Orang kate ni la
destinasi wajib gi.. Ala pasal nak tangkap gambar ngan Helang besar tu.. Contoh
seperti kami-kami di bawah ni..
Lepas tu kami bergerak terus ka Langkawi Cable Car kat Gunung Mat Cincang.. Excited memasing dapat nek cable car walaupun
masing-masing da penah nek.. Jalan sket tangkap gambar.. Di bawah Cable car tu
ade satu tempat ala-ala mini zoo.. Yang penting haiwan-haiwan yang ada suma
bleh pegang…
Persoalan –
banyak ke haiwan –haiwan yang ada
Jawapan – Ada la
rusa, arnab.. Kira banyak la sebab bilangan rusa ngan arnab tu lebih daripada
dua..
Bila waktu mula melewati petang kami mula bergerak balik ke
pekan kuah.. Kami stay kat Sinaran Motel,
Kuah. Rate semalam RM90 untuk superior room (2 katil queen) tanpa breakfast..
Kira ok la kan… kami pegi 6 orang.. selesa dan murah.. Puas hati sangat2 sebab
hotel ni bersih, lagi satu baru lagi beroperasi waktu tu..
Persoalan –
Booking ke walk in..
Jawapan – Thanks
to our fren, Fiza booking siap2 melalui booking.com.. =)
Malam
Oleh kerana kami stay
kat pekan kuah.. jadi utk keja-keja beli dan belah ni amatlah senang… terdapat
macam-macam pilihan kedai ada.. antara sanggup atau tak je nak jalan.. so untuk
malam ni kami decide untuk ke Idaman
Suri ja.. yer la gerak dari motel pun da lewat.. tambah-tambah pegi mengisi
perut dulu.. sib bek kedai tak tutup lagi.. Gambar yilekk… da malam tak nampak signboard..
hahahah
Ok selesai.. jadi la shopping sket-sket dulu.. esok masih
ada (walaupun duit tak bape nak ada)
No comments:
Post a Comment