Wednesday, July 23, 2014

Sup Sayur campur Udang

Alhamdulillah rezeki hari ni... Dan la masak 3 jenis lauk untuk berbuka.. masak simple-simple ja.. tetiba lak ari ni my mom teringin makan sup sayur tambah udang.. makanya niea pun kuar la cari bahan-bahannya.. Untuk pengetahuan niea ni idokla pandai benor men masak-masak nih.. buleh la lepas tekak sendiri.. Mr S pun tak penah merasa lagi niea masak.. Sabar ye Mr S.. dok berdua nanti insyaAllah hari-hari saya masak yer..

ok Niea nak share resepi Sup Sayur campur Udang tu.. hehe nama tak glemer langsung..

Sup Sayur campur Udang

Bahan

10 ekor udang sederhana besar
1/2 lobak merah (potong ikut suka)
1/2 bunga kobis (potong ikut suka)
5 kacang buncis (potong ikut suka)
1 bunga lawang
1 bunga cengkih
1 buah pelaga
1 kulit kayu manis
1 ulas bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih  (dihiris)
2 cawan air
Daun sup
Garam
Serbuk Tumix

Cara

  1. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, dan 4 beradik sehingga naik bau
  2. Masukkan lobak merah, kubis bunga, kacang buncis. Masukkan air. Kacau. Biarkan seketika. (part ni terpulang citarasa memasing. macam niea lebih suka sayur-sayur tu lembut)
  3. Masukkan udang. Biarkan sehingga udang bertukar warna. 
  4. Perasakan masakan. (garam dan tumix)
  5. Masukkan daun sup. Biar seketika. 
  6. Hidangkan. =)
InsyaAllah sedap. Cuba la ya.. Sesuai untuk anak-anak atau mak-mak atau ayah-ayah yang takda selera. Makanan sihat gitu.. hehe.. Udang tu kalau nak ganti ayam ka, daging ka, pun bleh...

1 comment:

  1. thanks for sharing resepi.. bole try nanti :)

    http://blurplediary.blogspot.dk/2014/07/in-out-salam-perantauan-2014-drp-kami.html

    ReplyDelete