Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 15, 2013

Selawat Murah Rezeki

Semalam incik berkenaan request suh cari Selawat Murah Rezeki ni... Inchik berkenaan cakap InsyaAllah selawat ni akan membawa keberkatan dalam hidup kita.. Da cari, niea nak share sekali ngan kawan-kawan kat sini.. Mohon agar diri ini dan semua yang membaca blog niea serta semua hamba Allah dirahmati-Nya, dan dimurahkan rezeki selalu.. Disayangi malah dikasihi oleh Allah S.W.T, Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tak kira di mana dan Moga segala dosa-dosa kita diampunkan..  Amin..



SELAWAT MURAH REZEKI


Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim
 
Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
Kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah
dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami Dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya


Nota kaki
Kawan-kawan jangan lupa amalkan selawat ni ya !!

Sunday, April 14, 2013

GA -SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY "Suka-suka nak bagi hadiah..........."


Hai adik2... kakak2.. manis2.. cumel2... Yeay !! saya join GA lagi.. Kali ini, mangsa GA saya adalah kak LizaHanum..

Alkisahhhhh.. pada satu ketika, Satu puluh haribulan empat tahun dua kosong satu tiga.... Haiiiiiippp.. Ada sorang kakak cantik murah hati mo kasi kita gifffffttttt.... Haaaaiiiipppp... Bulat-bulat mata niea mencari gambar yang diingini... Haiiiippp... Ada untung sabut timbul... Haiiippp.. Apa da ko merepek ni niea ooooiiii...

Impian dan niat di hati nak instax camera nun... yang 7s pun bole 25s pun bole.. Mahal ? Itu hanya impian di hati... hehe tapi kalau ade yang sudi nak bagi seluas padang sekolah sebelah umah jiran depan sket niea tadahkan.. Syoknya... !! Hari-hari senyum meleret sampai ke telinga.. Wiwitt yang macam gambo di bawah ni..

  

Lagi-lagi kalau ada yang bermurah hati nak kasi...niea teringin sangat nak gunting bercorak ngan blackboard cumel macam nih... Bleh buat props and DiY ape-ape utk majlis niea nanti..

 

TQ kak Liza sebab wujudkan GA yang amat-amat....amat-amat menarik.. ku tertarik menarik-narik hati untuk menari-nari walau terpijak kaki sebelah... =) Dan moge Kak liza dimurahkan rezeki, dirahmatiNya selalu serta belog Kak Liza terus sukses...

Dan buat kawan-kawan yang nak sertai GA ni, Berikut merupakan syarat penyertaan...

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Terbuka kepada semua follower lama dan baru (pastikan anda follow tuan punyer belog dulu yer...
  2. Buat n3 bertajuk -SWEET LIZAHANUM'S GIVEAWAY " Suka-suka nak bagi hadiah..........."....anda nyatakan hadiah mana yang ANDA paling suka kalau dapat SURPRISE HADIAH dari orang2 tersayang ataupun secret admire.
  3. Copy paste gambar di atas dan linkkan ke blog SWEET LIZAHANUM
  4. Tuliskan APA HADIAH YANG PALING ANDA SUKA kalau ada yang bermurah hati nak bagi HADIAH pada ANDA,kalau ada gambar HADIAH IMPIAN anda itu,boleh letak sekali.
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen.. Kalo tak boleh komen di bawah n3 ini,tinggalkan jejak anda kat ruangan CHAT tu pun boleh.... 
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 APRIL 2013.
Oh ya !!! Surprise HADIAH akan menanti ANDA untuk 4 Orang yang berjaya menawan hati tuan punye belog untuk di pilih sebagai pemenang bertuah.

Harap-harap niea la orangnye yang bertuah tu nyer adoinyerr sangat suke la adoinyer..!! Love....


Friday, April 12, 2013

Kelasmate Kawen Part II

Huishh lama benar tak sentuh entry sambungan kepada Kelasmate Kawen Part I..

Selepas pulang dari kenduri deja.. kami berkonvoi-konvoian ke Bandar Melaka.. Sekali harung pakai baju kurung panjat Kota A' Famosa... Apa Niea ??? Panjat ?? Haruslah tidak.. Niea dok syok-syok ngan kengkawan len bergambo tanpa henti sampai abih filem.. Erkk... digital bukan tak pakai filem ka.. Hikhikhik..

Next.. Niea kasi gamba ja cerita ehh...



 

 
Nampak tak ? saya kan memang suka bergamba.. Tak kira la kamera kawan jauh ka dekat ka.. Tp kalau tak kawan.. tak la saya hegeh pi sua muka.. hehe Itu namanya buang tebiat.. Jangan buat perkara-perkara begitu yer adik-adik..


  
Sebagai kemuncak acara.. kami beramai-ramaian gi makan kat umbai... =) Sodap ngat ehh.. Cana nak gtau ehh.. klu lalu Lebuhraya Muar-Johor akan nampak simpang ke Umbai ni.. Eksited niea gi sana tau.. First time katenyer.. Umbai ni ade dua tempat tau.. Satu Umbai Lama dan Satu lagi Umbai Baru.. Beza ?? ish tak tau la plak.. Lupa nak tanya abg yg jual buah tu lagi.. yer.. Umbai tu merupakan nama tempat yang ade banyak-banyak restoren.. Sekian Tima Kasih... =)



~ 1st GIVEAWAY from page Hand Bouquet-Ibtisam ~

GA datang lagi... Kali ni niea masuk GA




Nape niea masuk GA ni ehh.. Sebab !!! dapat free handbouquet tau.. hikhikhik.. kate mo kawen (terserlah kegatalanmu di situ).. Ok tanpa membuang masa niea nak cita sket pasal belog Cik tie kita nie..

Tuan punya belog ni namanya Siti fatimah... GA ni pulak sempena tarikh eniverseri Majlis Ikatan dua Hati ngan suami tercinta.. Tuan punya belog ni da lama berkecimpung dalam arena seni menyeni hb yang lawa-lawa tau.. Jadi ini merupakan berita baik untuk sekalian Bride to Be yang akan berkawen dari Jun 2013 hingga ke thn  depan (hikhikhik suke2..)

Cara nak masuk GA ni mudah ja..

1. Like page HANDBOUQUET-IBTISAM..
2. Share gambar GA di wall FB anda dan set as public supaya tuan punya belog mudah tengok walaupun bukan friend..
3. Tinggalkan comment di bawah gambar GA...
"SAYA NAK!! Serta Nama penuh & tarikh majlis anda"
4. Dan jika sesiapa BLOGGER, bole share kt blog post dan serta kan sekali link post tersebut di ruangan komen 
gambar GA... Satu credit untuk blogger...


 Mudah kan2...

Oh ya.. Ehem-ehem... Kalau la niea dapat.... (tangan di dagu dan mata ke atas) 
Aci kan nak berangan... hehe Niea nak yang macam ni...Cantik nengok bunga ala2 daisy.. Tp dapat cam bunga rose tu pun niea da suka sangat da  =) HB di bawah ni jenis felt tau... Eh betul ke Cik Tie ?


atau yang macam ni.. Kawan-kawan ni bukan gula-gula nye.. ni namanya HB jenis pearl.. Cantik kan2... =)

 

Yang macam ni (jenis satin) pun suka juga.. hikhikhik

So tunggu apa lagi kengkawan.. moh la kita join GA ni.. Tak rugi tau...

Nota kaki :
  1. 2 orang pemenang akan dipilih dgn membuat cabutan undi oleh cik asben Cik Tie...
  2. Pemenang akan menerima satu jenis HandBouquet (Pearl/Felt/Satin/Ribbon/Ribbon Lace) & 10 corsage brooch untuk majlis anda mengikut citarasa dan tema anda..
  3. GA ini berlangsung sehingga tiba hari ulangtahun pernikahan mereka iaitu 13/4/13 jam1200am...Ingat tau... Comment selepas waktu itu tidak dikira...

Tuesday, April 9, 2013

Kaki Jejak Langkawi II



Hi kawan-kawan suma... Okla tanpa buang masa Niea continue dari Kaki Jejak Langkawi I.. 



Hari kedua

Ok ari ni kami pegi Island Hopping – Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan Eagel Feeding.. Mintak maaf yer, untuk pakej yang ni.. niea lupa la berapa.. tapi rasenya dalam lebih kurang RM100 gitu… Pakej boleh di beli kat Jeti Kuala Perlis atau gi ja travel agen yang ramai-ramai kat Jeti Langkawi tu.. Kami beli kat Jeti Kuala Perlis kot.. Lupa da.. sori.. Kami naik bot melalui pantai yang dekat Porta Malai..



Persoalan – Pantai-pantai tu bleh mandi tak ?
Jawapan – ye, boleh adik-adik.. tapi kami tak mandi beria pun.. main-main air ja.. info gi island hopping ni tak payah bawak baju ganti tau..

So selesai aktiviti main-main air.. kami terus balik motel dan check out.. Sebelum ke jeti kami singgah lagi kat Pekan Kuah untuk sesi beli dan belah lagi.. Kali ni kami tuju terus ke kedai Haji Ismail Group.. Info lagi, kedai Haji Ismail Group ni sangat banyak tau.. So untuk sape-sape yang rajin gi la menjenguk satu-satu kedai untuk membandingkan harga.. Tapi niea tak buat pun.. hehe done shopping-shopping kami pon balik ke pangkal jalan… =)

Persoalan – Kena tax tak ?
Jawapan – Kami tak kena pasal tak membeli belah sesangat.. Untuk mengelakkan tax dudukla langkawi selama 3 hari 2 malam… Takpun beli beg len pandai-pandai la kome susun barang… Macam kami pegi 1 beg tarik dan 5 beg galas.. Balik tetiba jadi
4 beg tarik dan 5 beg galas.. tak ke melampau tu..

  
Persoalan – Kenapa tak pegi Makam Mahsuri ngan UnderWater World ? Tak best ka ?
Jawapan – Masa mencemburui.. hehe takla, atas perbincangan ramai kami decide nak have fun sebab kami ni suka bergambar-gambar.. Jadi kat situ da makan masa yang banyak..  Lagipun kami save bajet.. hahahah… Pendapat niea.. Buat yang tak pernah pegi boleh la singgah kedua-dua tempat ni..

Persoalan – Berapa banyak kos habis ?
Jawapan – Bergantung kepada berapa banyak aktiviti yang korang buat.. dan brapa banyak aktiviti beli dan belah berlaku.. hehehe