Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label doa. Show all posts
Showing posts with label doa. Show all posts

Tuesday, July 29, 2014

Salam Aidilfitri..



Selamat hari raya buat semua warga blogger.. Moga kedatangan Syawal kali ini membawa 1001 kenangan dan keistimewaan dalam hidup kalian... Hidup diberkati dan diredhai Allah selalu... Amin.. Senyummmm...

Alhamdulillah syukur kali ni niea berkesempatan beraya dengan Mr S walaupun cuma dua hari ja.. iyyerrr dua hari ja.. malam ni Mr S akan bertolak pulang ke Shah Alam.. esok dia da start stanby... Moga dia tabah.. hahaha...

Istimewanya kali ni niea beraya umah mentua dulu.. dan la merasa lemang kelamai (rawa's food) =) rasanya ?? hurmm kena la cuba sendirikkk.. takmo bagi tau... hehe... Niea di gopeng dari Jumaat sampai Petang semalam.. Jadinya raya kedua ni Niea ngan Mr S beraya area manjung ni ja la.. Pasal semalam da balik ke Beruas nengok sedara mara kat sana.. Nak ke bidor.. tp tunggu mem besar keluarkan watikah hehe..

Tata...

Monday, March 17, 2014

Solemnization day =) 310114

Alhamdulillah.. ari yang dinanti-nanti telah tiba.. 8 tahun niea dan inchik berkenaan tunggu dan berdoa moga semuanya dipermudahkan.. Alhamdulillah again.. So.. tanpa buang masa chewahh.. lets picture begin the whole story....Ops gegambar ni sumer dari kamera niea.. dari OP, tunggu !!!..

Ayah dan Ayah angkat

dengan mak

antara sedara yang dapat ngikut skali

she my besties.. tq frenz

4 groom waiting turn for Akad


Alhamdulillah he and she change the title already

his my Imam until Jannah.. InsyaAllah






L.O.V.E

Sunday, January 12, 2014

Azam

Salam kekawan suma.. Tak salah kan kalau niea nak cita pasal azam even da masuk lebih kurang 12hari da 2014.. =) saya kan memang suke lambat-lambat..

first, InsyaAllah lebih kurang 18 hari lagi.. Niea akan bertuka title.. dari Cik kepada Puan.. and dari anak dara ke bini orang.. Jadi azam tahun ni berubah sket dr yang lepas2.. Niea harap dapat menjadi anak yang solehah, isteri yang solehah walau pas kawen dok jauh2.. huhu.. doakan ehh moga kami dapat menjalani kehidupan rumah tangga dengan lebih baik.. ikatan menjadi lebih kuat.. kesabaran yg jitu..

Second.. memandangkan dis year niea pegang BM kelas tahun 6 read as UPSR.. Opkos Niea nak tgk almost 100% lulus and 50% cemerlang dalam ujian pemahaman nanti.. UPSR target.. Nak target lebih2 cam takut lak.. pasal awal masuk ari tu niea stat ngan exam but yg memenuhi kriteria not really impressed.. so target down sket.. But still hopefully niea kuat and tabah sepanjang bergelar pendidik ini..

Third.. Jika diberi rezeki awal.. Amin  Alhamdulillah rezeki awal.. Niea syukur sangat-sangat.. pasal umur Niea bukannya kanak-kanak riang lagi.. Jadi bila dapat rezeki awal tu, Niea betul-betul nak jadi ibu yg dapat membahagiakan anaknya.. Amin..

Last but not least.. Moga saya diberi hidayah dariNya, Tuhan pencipta seluruh alam.. diberi keredhaan malah disayangiNya selalu.. Menjadi umat Nabi Muhammad yang baik dan sentiasa di bawah syafaat nya selalu.. Amin..


Target dis year

* Hopefully my anak-anak berjaya.. BM UPSR 100%
* Travel - at least 5 places.. (2 in planned)
* Dapat pindah umah kuarters Inchik S pas kawen cepat2..
* Baby.. =)

Monday, April 15, 2013

Selawat Murah Rezeki

Semalam incik berkenaan request suh cari Selawat Murah Rezeki ni... Inchik berkenaan cakap InsyaAllah selawat ni akan membawa keberkatan dalam hidup kita.. Da cari, niea nak share sekali ngan kawan-kawan kat sini.. Mohon agar diri ini dan semua yang membaca blog niea serta semua hamba Allah dirahmati-Nya, dan dimurahkan rezeki selalu.. Disayangi malah dikasihi oleh Allah S.W.T, Dia yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tak kira di mana dan Moga segala dosa-dosa kita diampunkan..  Amin..



SELAWAT MURAH REZEKI


Allaahumma solli 'alaa sayyidina Muhammad
solaatan tuwassi 'u bihaa 'alainal arzaak
watuhassinu bihaa lanal akhlaak
wa 'alaa 'aalihi wasohbihi wasallim
 
Wahai Allah rahmati dan kurniakanlah
Kesejahteraan atas Muhammad Rasulullah
dan selawat yang dapat melapangkan rezeki kami Dan menjadikan baiknya akhlak kami
dan curahkanlah kesejahteraan
atas keluarga dan para sahabatnya


Nota kaki
Kawan-kawan jangan lupa amalkan selawat ni ya !!

Wednesday, August 1, 2012

Doakan kami ~ 07072012


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ya ALLAH....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah Hatinya dengan Hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar Kemesraan itu Abadi...

Ya ALLAH...
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya ALLAH...
Seandainya telah Kau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari pandanganku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Yang Maha mengerti...
Berilah aku kekuatan...
menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta… 
Gantillah yang telah hilang…. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
 Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Yang Tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Kau takdirkan...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Ya ALLAH...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Didunia dan akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambaMu...
Yang dhoif ini Ya ALLAH...
Janganlah Kau biarkan diri ini sendirian...
Didunia ini mahupun diakhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan...
Dan kemumgkaran...
Maka kurniakanlah aku pasangan yang berIMAN...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhoi...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang Soleh dan Solehah...

Ya ALLAH...
Berikanlah kepada kami kebahagiaan didunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Amiin...Amiin...Ya RabbalA'lamin...


"Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"