Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 12, 2013

Kelasmate Kawen Part II

Huishh lama benar tak sentuh entry sambungan kepada Kelasmate Kawen Part I..

Selepas pulang dari kenduri deja.. kami berkonvoi-konvoian ke Bandar Melaka.. Sekali harung pakai baju kurung panjat Kota A' Famosa... Apa Niea ??? Panjat ?? Haruslah tidak.. Niea dok syok-syok ngan kengkawan len bergambo tanpa henti sampai abih filem.. Erkk... digital bukan tak pakai filem ka.. Hikhikhik..

Next.. Niea kasi gamba ja cerita ehh...



 

 
Nampak tak ? saya kan memang suka bergamba.. Tak kira la kamera kawan jauh ka dekat ka.. Tp kalau tak kawan.. tak la saya hegeh pi sua muka.. hehe Itu namanya buang tebiat.. Jangan buat perkara-perkara begitu yer adik-adik..


  
Sebagai kemuncak acara.. kami beramai-ramaian gi makan kat umbai... =) Sodap ngat ehh.. Cana nak gtau ehh.. klu lalu Lebuhraya Muar-Johor akan nampak simpang ke Umbai ni.. Eksited niea gi sana tau.. First time katenyer.. Umbai ni ade dua tempat tau.. Satu Umbai Lama dan Satu lagi Umbai Baru.. Beza ?? ish tak tau la plak.. Lupa nak tanya abg yg jual buah tu lagi.. yer.. Umbai tu merupakan nama tempat yang ade banyak-banyak restoren.. Sekian Tima Kasih... =)



~ 1st GIVEAWAY from page Hand Bouquet-Ibtisam ~

GA datang lagi... Kali ni niea masuk GA




Nape niea masuk GA ni ehh.. Sebab !!! dapat free handbouquet tau.. hikhikhik.. kate mo kawen (terserlah kegatalanmu di situ).. Ok tanpa membuang masa niea nak cita sket pasal belog Cik tie kita nie..

Tuan punya belog ni namanya Siti fatimah... GA ni pulak sempena tarikh eniverseri Majlis Ikatan dua Hati ngan suami tercinta.. Tuan punya belog ni da lama berkecimpung dalam arena seni menyeni hb yang lawa-lawa tau.. Jadi ini merupakan berita baik untuk sekalian Bride to Be yang akan berkawen dari Jun 2013 hingga ke thn  depan (hikhikhik suke2..)

Cara nak masuk GA ni mudah ja..

1. Like page HANDBOUQUET-IBTISAM..
2. Share gambar GA di wall FB anda dan set as public supaya tuan punya belog mudah tengok walaupun bukan friend..
3. Tinggalkan comment di bawah gambar GA...
"SAYA NAK!! Serta Nama penuh & tarikh majlis anda"
4. Dan jika sesiapa BLOGGER, bole share kt blog post dan serta kan sekali link post tersebut di ruangan komen 
gambar GA... Satu credit untuk blogger...


 Mudah kan2...

Oh ya.. Ehem-ehem... Kalau la niea dapat.... (tangan di dagu dan mata ke atas) 
Aci kan nak berangan... hehe Niea nak yang macam ni...Cantik nengok bunga ala2 daisy.. Tp dapat cam bunga rose tu pun niea da suka sangat da  =) HB di bawah ni jenis felt tau... Eh betul ke Cik Tie ?


atau yang macam ni.. Kawan-kawan ni bukan gula-gula nye.. ni namanya HB jenis pearl.. Cantik kan2... =)

 

Yang macam ni (jenis satin) pun suka juga.. hikhikhik

So tunggu apa lagi kengkawan.. moh la kita join GA ni.. Tak rugi tau...

Nota kaki :
  1. 2 orang pemenang akan dipilih dgn membuat cabutan undi oleh cik asben Cik Tie...
  2. Pemenang akan menerima satu jenis HandBouquet (Pearl/Felt/Satin/Ribbon/Ribbon Lace) & 10 corsage brooch untuk majlis anda mengikut citarasa dan tema anda..
  3. GA ini berlangsung sehingga tiba hari ulangtahun pernikahan mereka iaitu 13/4/13 jam1200am...Ingat tau... Comment selepas waktu itu tidak dikira...

Tuesday, April 9, 2013

Kaki Jejak Langkawi II



Hi kawan-kawan suma... Okla tanpa buang masa Niea continue dari Kaki Jejak Langkawi I.. 



Hari kedua

Ok ari ni kami pegi Island Hopping – Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah, dan Eagel Feeding.. Mintak maaf yer, untuk pakej yang ni.. niea lupa la berapa.. tapi rasenya dalam lebih kurang RM100 gitu… Pakej boleh di beli kat Jeti Kuala Perlis atau gi ja travel agen yang ramai-ramai kat Jeti Langkawi tu.. Kami beli kat Jeti Kuala Perlis kot.. Lupa da.. sori.. Kami naik bot melalui pantai yang dekat Porta Malai..



Persoalan – Pantai-pantai tu bleh mandi tak ?
Jawapan – ye, boleh adik-adik.. tapi kami tak mandi beria pun.. main-main air ja.. info gi island hopping ni tak payah bawak baju ganti tau..

So selesai aktiviti main-main air.. kami terus balik motel dan check out.. Sebelum ke jeti kami singgah lagi kat Pekan Kuah untuk sesi beli dan belah lagi.. Kali ni kami tuju terus ke kedai Haji Ismail Group.. Info lagi, kedai Haji Ismail Group ni sangat banyak tau.. So untuk sape-sape yang rajin gi la menjenguk satu-satu kedai untuk membandingkan harga.. Tapi niea tak buat pun.. hehe done shopping-shopping kami pon balik ke pangkal jalan… =)

Persoalan – Kena tax tak ?
Jawapan – Kami tak kena pasal tak membeli belah sesangat.. Untuk mengelakkan tax dudukla langkawi selama 3 hari 2 malam… Takpun beli beg len pandai-pandai la kome susun barang… Macam kami pegi 1 beg tarik dan 5 beg galas.. Balik tetiba jadi
4 beg tarik dan 5 beg galas.. tak ke melampau tu..

  
Persoalan – Kenapa tak pegi Makam Mahsuri ngan UnderWater World ? Tak best ka ?
Jawapan – Masa mencemburui.. hehe takla, atas perbincangan ramai kami decide nak have fun sebab kami ni suka bergambar-gambar.. Jadi kat situ da makan masa yang banyak..  Lagipun kami save bajet.. hahahah… Pendapat niea.. Buat yang tak pernah pegi boleh la singgah kedua-dua tempat ni..

Persoalan – Berapa banyak kos habis ?
Jawapan – Bergantung kepada berapa banyak aktiviti yang korang buat.. dan brapa banyak aktiviti beli dan belah berlaku.. hehehe

Monday, April 8, 2013

Kaki Jejak Langkawi I


Ok ari ni niea nak bercerita sket pasal salah satu pusat pelencongan di Malaysia.. ye2 betul cantik-cantik, manis-manis sekalian.. Pulau Langkawi..

Apa yang menarik ehh Pulau Langkawi ni.. Check it Out !!

  1. Kereta Kabel (bukan kereta kebal okey !!) Gunung Mat Cincang..
  2. UnderWater World
  3. Makam Mahsuri
  4. Buffalo Park
  5. Pekan Kuah
  6. Dataran Lang
  7. Island Hopping – Pulau Dayang Bunting, Pulau beras Basah, Eagel feeding, ect

Hurmm kalau tanya niea, selalu ke gi.. hikhikhik bru 4 kali… hahahaha… First time gi masa mula2 kakak niea dok kat langkawi.. so dia yang bawak jalan-jalan satu keluarga..

Kali kedua gi ngan kawan-kawan rapat niea.. time ni niea da study kat unimap.. tp pegi balik hari.. maksudnya pegi pagi balik petang.. destinasi yang dituju pun pekan kuah, kabel car, ngan Dataran Lang ja..

Dan Kali ketiga gi lak ngan dak seumah sesatu dorm (asma, farah, suzan, aimi, fiza dan saya)… Kali ni gi tdo sane.. 2hari 1mlm ja.. Aktiviti utama bergambar-bergambar dan bergambar lagi.. hehehe..
Dan yang terakhir gi ngan dak umah sewa.. Ngan Kak Lin dan adiknya Oja.. Tapi kali ni pegi memandangkan niea dok kat KL dan waktu nak pegi tu adalah cuti umum, jadi niea da siap-siap booking hotel, kereta dan pakej menggunakan travel agent.. Kira sampai tak pikir ape da..  Tapi agak kecewa la dengan perkhidmatan yang diberikan.. takpe la yang tu kita simpan rapi-rapi dalam hati.. 

Okla ni serba sedikit info untuk kawan-kawan yang tingin nak gi.. Yang ni details masa niea gi kali ketiga tu..

Hari pertama

Pagi
Dari Jeti Kuala Perlis, kami bergerak ke Langkawi.. Dekat jeti da siap2 booking kereta.. So sampai sana terus amik kereta ja..
Persoalan – tak sesat ka drive sendiri kat sana..?
Jawapan - InsyaAllah tak.. Lagipun kita telah dibekalkan dengan peta dan tanda jalan yang melambak-lambak.. Cuma kengkadang tu tanda jalan hilang gak.. huhu nervous gak..

Ok next destination kitorang bergambar dulu kat Dataran Lang.. Orang kate ni la destinasi wajib gi.. Ala pasal nak tangkap gambar ngan Helang besar tu.. Contoh seperti kami-kami di bawah ni.. 


Lepas tu kami bergerak terus ka Langkawi Cable Car kat Gunung Mat Cincang.. Excited memasing dapat nek cable car walaupun masing-masing da penah nek.. Jalan sket tangkap gambar.. Di bawah Cable car tu ade satu tempat ala-ala mini zoo.. Yang penting haiwan-haiwan yang ada suma bleh pegang…
Persoalan – banyak ke haiwan –haiwan yang ada
Jawapan – Ada la rusa, arnab.. Kira banyak la sebab bilangan rusa ngan arnab tu lebih daripada dua..

 Ok muka-muka yang excited terlebih..

Bila waktu mula melewati petang kami mula bergerak balik ke pekan kuah.. Kami stay kat Sinaran Motel, Kuah. Rate semalam RM90 untuk superior room (2 katil queen) tanpa breakfast.. Kira ok la kan… kami pegi 6 orang.. selesa dan murah.. Puas hati sangat2 sebab hotel ni bersih, lagi satu baru lagi beroperasi waktu tu..
Persoalan – Booking ke walk in..
Jawapan – Thanks to our fren, Fiza booking siap2 melalui booking.com.. =)

Malam

 Oleh kerana kami stay kat pekan kuah.. jadi utk keja-keja beli dan belah ni amatlah senang… terdapat macam-macam pilihan kedai ada.. antara sanggup atau tak je nak jalan.. so untuk malam ni kami decide untuk ke Idaman Suri ja.. yer la gerak dari motel pun da lewat.. tambah-tambah pegi mengisi perut dulu.. sib bek kedai tak tutup lagi..  Gambar yilekk… da malam tak nampak signboard.. hahahah

Ok selesai.. jadi la shopping sket-sket dulu.. esok masih ada (walaupun duit tak bape nak ada)

Wednesday, April 3, 2013

Susah hati..



Pasal duit, mende yang kecik jadi besar.. Sampai nak marah-marah, nak tengking-tengking tanpa sebab… Emo tak tentu pasal.. Yang jadi mangsa orang sekeliling.. Kalau sesekali takpe jugak.. Ini hampir setiap hari.. Menganggap diri ini sebagai beban.. Sadis betul..  Penat nak melayan emo seseorang ini.. Kang kalau dibalas len pulak jadi… menangis..