Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, October 21, 2012

GIVEAWAY ME & MY FAMILY


Hallu.. !!! ok ari ni niea nak masuk GA lagi.. hikhikhik.. *_*  saje nak terai my luck here..
Apa yang perlu dibuat.. meh2 niea nak gtau.. mai dekat2 sket..
PERTAMA
Tempek banner di bawah dalam entry awak-awak sekalian.. Jangan lupa taruk tajuk "GIVEAWAY ME & MY FAMILY" Pastikan banner link ke giveaway-me-my-family

I
I
I
V

KEDUA
Tuan rumah nak bagi hadiah mestilah kena jadi follower blog.. Pastikan anda follow Tuan Rumah

KETIGA
Mempunyai blog dan alamat di Malaysia tau.







Pemenang yang terpilih akan menerima hadiah handbag daripada tuan rumah.. Jadi tunggu apa lagi meh la join GA nie..

Pantun hari ini.. =>
Pat Pat Siku Lipat
Siapa Cepat Dia Dapat.. 

Wednesday, September 26, 2012

Saya Menang Yeay !!

niea ade join satu peraduan yang sgt2 simple.. just peraduan kumpul dan menang.. tiap2 hari selama empat hari (18 sept - 21 sept 2012) myhappyshots akan upload 1 picture.. dan tugas niea hanya kumpul dan post ke inbox fb myhappyshots pada hari ke-empat. simple kan ?? kan2 ??

Hadiah nyer..

TIGA (3) e-mel pertama yang pihak myhappyshots  terima akan memenangi pakej
* Outdoor Session selama 2 jam di Kuala Lumpur yang bernilai RM500!!!!


WOW !! best kan hadiah diorg.. atas semangat nak menang tuh la.. sanggup nih dok tunggu picture terakhir dan bersedia untuk post kat fb diorg.. hehe.. dan akhirnya 

nampak tak nama saya di situ ?? hehe yes2 !! i'm the second winner !! hehe caya tak ?? cay la.. caya la..  =)

Saturday, September 22, 2012

220906






To incik berkenaan:

Awak.. semusim lagi telah berlalu.. hati awak dan saya menjadi satu.. tanpa kita duga.. hubungan ini mekar mewangi selalu.. di hati awak dan saya..

220906.. awak 6 thn suda kan.. walau ia tak lama.. tapi Alhamdulillah awak masih syg saya seperti dulu.. awak.. saya sendiri tak tau nak ungkapkan apa2.. tapi ketahui la.. saya sgt2 syg awak.. sentiasa... terima aksih kerana slalu bersabar dengan kerenah saya dan terima kasih melayani saya walau saya selalu sakitkan hati awak..

Awak...
akhirnya Alhamdulillah tarikh 07072012 kita melangkah ke fasa baru.. dunia baru.. saya mohon kepadaNya moga hubungan ini beroleh keberkatan dan janji kita beralih ke fasa terakhir dan seterusnya until Jannah.. InsyaAllah.. 

 L.O.V.E
cik berkenaan

Wednesday, August 1, 2012

Doakan kami ~ 07072012


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang...

Ya ALLAH....
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah Hatinya dengan Hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar Kemesraan itu Abadi...

Ya ALLAH...
Ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi...
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan abadi...
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya ALLAH...
Seandainya telah Kau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari pandanganku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya ALLAH Ya Tuhanku...
Yang Maha mengerti...
Berilah aku kekuatan...
menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya...

Dan ya Allah yang tercinta… 
Gantillah yang telah hilang…. 
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… 
 Walaupun tidak sama dengan dirinya…

Ya ALLAH Yang Tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu...
Sesungguhnya apa yang telah Kau takdirkan...
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui....
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Ya ALLAH...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Didunia dan akhirat...
Dengarlah rintihan dari hambaMu...
Yang dhoif ini Ya ALLAH...
Janganlah Kau biarkan diri ini sendirian...
Didunia ini mahupun diakhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan...
Dan kemumgkaran...
Maka kurniakanlah aku pasangan yang berIMAN...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhoi...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang Soleh dan Solehah...

Ya ALLAH...
Berikanlah kepada kami kebahagiaan didunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api neraka...

Amiin...Amiin...Ya RabbalA'lamin...


"Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik"